Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, pihak berkuasa tempatan itu menyokong undang-undang di bawah 22 Pe­raturan-peraturan Kawasan Ha­sil Tembakau 2004 yang dikuat kuasa mulai 15 April lalu.

Beliau berkata, kegagalan in­dividu mematuhi peraturan ter­sebut boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

“Terdapat 141 laluan pejalan kaki berbumbung di bandar raya ini dan bilangan ini pasti bertambah dari semasa ke semasa.

“Penambahan kawasan lara­ngan merokok ini juga bertujuan melindungi perokok pasif daripada bahaya asap sekali gus meningkatkan taraf kesihatan masyarakat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pelancaran KL Bebas Asap Rokok di Jejantas dan Laluan Pejalan Kaki Berbumbung 2017 di sini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway REIT Ma­nagement Sdn. Bhd dan Pre­siden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, Dr. Molly Cheah.

Tambah Mhd. Amin, kejayaan ini merupakan titik permulaan Kuala Lumpur bebas asap rokok dan menjelang 2045 menyasarkan kurang lima peratus me-rokok atau tiada yang melakukan tabiat itu di Malaysia.

“Justeru, pemantauan ke atas zon larangan merokok oleh se­mua pihak harus dipertingkat­kan kerana usaha ini tidak mu­­ngkin dapat dilaksanakan se­penuhnya oleh pihak berkuasa semata-mata.

“Masyarakat perlu menegur pe­rokok yang merokok di kawasan larangan dan jika teguran itu tidak diendahkan aduan boleh dipanjangkan kepada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan di talian 03-22687333,” katanya.

Dalam majlis itu, sembilan ra­­kan kongsi pintar terdiri daripada agensi kerajaan, agensi swas­ta, serta pertubuhan bukan kerajaan menandatanga­ni perjanjian memorandum per­­­sefahaman (MoU) sebagai menyokong inisiatif KL Bebas Rokok, KL Sejahtera LA21 KL.