BEGINILAH keadaan sebuah jejantas bersebelahan HTAR, Klang, Selangor yang usang dan mengundang bahaya kepada pengguna. - UTUSAN ONLINE

Ini kerana sebuah jejantas bersebelahan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor tidak diselenggara dan dibiar usang.

Keadaannya amat uzur dan suram apabila bumbung jejantas itu pecah serta lantai pejalan kaki ditakungi air.

Seorang pengadu memaklumkan, jejantas itu didapati telah usang dan tidak selamat untuk digunakan.

Sehubungan itu, pihak bertanggungjawab digesa menjalankan kerja-kerja baik pulih jejantas itu dan tidak menunggu sehingga ada kejadian tidak diingini berlaku baru bertindak. - UTUSAN ONLINE