Ketua Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ahmad Asri Khalbi berkata, perkhidmatan kereta api elektrik (ET), tren antarabandar, KTM Komuter dan KTM kargo kini bergerak dengan purata kelajuan maksimum antara 80 hingga 140 kilometer (KM) sejam.

“Potensi bahaya kepada anak-anak sangat besar sekiranya langkah dan panduan keselamatan mengenainya tidak dipatuhui dengan sempurna.

“Tahun lalu, sebanyak 17 orang mangsa maut dilanggar tren di pelbagai lokasi di sepanjang 1,655 KM jajaran kereta api KTMB,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.