Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz berkata, keputusan itu bertepatan dengan melihat keperluan penduduk yang bimbang dengan keselamatan mereka ekoran kes kemalangan yang sering berlaku di jambatan berkenaan.

“Saya telah bangkitkan perkara ini kepada Kerajaan Pusat dan Alhamdulillah mendapat persetujuan dan jambatan akan diganti baharu pada tahun depan,” katanya ketika berucap merasmikan Mini Karnival Back to School hari ini. - UTUSAN ONLINE