Selain berlubang akibat tampalan tidak sempurna, penduduk sudah bosan kerana masalah yang berulang.

Masalah itu membahayakan pengguna kenderaan terutama penunggang motosikal lebih-le­bih lagi waktu malam dan hujan.

Walaupun beberapa kali diturap, jalan tersebut masih berkeadaan seperti itu.

WARGA BTHO

Bandar Tun Hussein Onn

Jawapan: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menjalankan kerja-kerja tampalan pada Khamis lepas, sementara menunggu pihak kontraktor menjalankan kerja-kerja turapan minggu ini.

KAMARUL IZLAN SULAIMAN

Pegawai Perhubungan Awam, Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj