Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn. Bhd. (Kesturi) memaklumkan, penutupan tersebut akan bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi.

“Bagi pengguna jalan raya dari Jalan Kuala Selangor ke Kepong diminta menggunakan susur keluar ke Taman Bukit Maluri, manakala pengguna dari Kepong menghala Sungai Buloh dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) perlu menggunakan susur keluar ke LDP.

“Pengguna dari dari Kepong menghala ke LDP pula digalakkan menggunakan laluan alternatif melalui Taman Bukit Maluri seterusnya ke Persiaran Dato’ Samsuddin Naim. Pengguna dari Jalan Lang Emas boleh menggunakan Jalan 1/62B untuk menghala ke LDP,” menurut kenyataan tersebut hari ini.

Tambah kenyataan itu, bantuan polis trafik dan kakitangan Duke akan disediakan sepanjang penutupan itu bagi melancarkan aliran trafik.

“Para pengguna diminta memandu berhati-hati sepanjang kawasan pembinaan dan memathuhi arahan pegawai trafik serta papan tanda lalu lintas di tapak pembinaan. Kesturi memohon maaf atas segala kesulitan dihadapi pengguna sepanjang tempoh pembinaan dijalankan,” jelas kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE