Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, selain dua jalan tersebut kategori Fun Run 5 Kilometer dalam acara larian itu akan melibatkan Jalan Pandan Ilmu, Jalan Pandan Aman, Jalan Bunga Mawar, Jalan Pandan Muhibbah, Jalan Pandan Makmur, Jalan Pandan Indah 4/38, Jalan Pandan Indah 4/3, Jalan Pandan Indah 4/6 dan Jalan Pandan Mewah.

“Kategori 10 kilometer pula melalui Jalan Pandan Utama, Jalan Pandan Mewah, Jalan Taman Putra, Jalan Tasik Tambahan 1, Jalan Tasik Tambahan 2, Jalan 6/10, Jalan Taman Putra, Jalan Teratai 1/2, Jalan Mawar, Jalan Bunga Mawar dan Jalan Pandan Muhibbah,” demikian menurut kenyataan itu.

MPAJ meminta pengguna jalan raya dan pengangkutan awam merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif lain untuk mengelak penggunaan laluan di atas bagi menghindar sebarang kesulitan.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung isu dan program MPAJ, sila berhubung dengan Bahagian Perhubungan Awam Dan Sekretariat di talian 03-4297 8271. - UTUSAN ONLINE