Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, larian melibatkan dua kategori iaitu 10 kilometer (km) serta 5 km secara ‘Fun Run’ itu bertujuan mengumpul dana bantuan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh.

“Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran di atas talian menerusi laman web www.racexasia.com atau secara manual di kaunter pendaftaran di hadapan pintu masuk Jakel Mall yang dibuka sejak 25 Oktober lalu sehingga 3 Disember ini.

“Pelbagai hadiah menarik dan cabutan bertuah menanti peserta pada hari tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini- UTUSAN ONLINE