Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah itu bertujuan membolehkan DBKL dapat menjaga dan menguruskan taman awam itu termasuk meningkatkan pembangunan landskap dan kemudahan fasiliti.

“Ini sekali gus akan memberi manfaat kepada pengunjung khususnya penduduk Lembah Pantai untuk menikmati fasiliti baharu dan lebih baik,” katanya ketika berucap dalam program Kenduri 1Wilayah Persekutuan peringkat parlimen Lembah Pantai.

Pantai Eco Park seluas 12 hektar yang terletak di atas Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 dibuka kepada orang awam secara percuma pada 14 Oktober tahun lalu. - UTUSAN ONLINE