Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Faizal Othman berkata, inisiatif tersebut merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) IWK sebagai usaha meraikan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 dan Hari Malaysia pada Ahad ini.

“Pengosongan tangki septik individu perlu dilaksanakan secara berkala iaitu sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh masa dua tahun.

“Perkara ini penting bagi memastikan tidak berlaku pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada limpahan enap cemar tangki septik yang penuh sehingga menggugat kesihatan awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Program CSR itu mendapat sokongan daripada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar yang turut sama menyaksikan kerja-kerja pengosongan tangki septik di Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya Lovely Nursing Centre di Petaling Jaya, Selangor. - UTUSAN ONLINE