Ketua Pegawai Eksekutifnya, Faizal Othman berkata, inisiatif itu bertujuan membantu memulihara alam sekitar dan memastikan kesihatan awam terjamin selain meringankan beban pihak pengurusan rumah amal berkenaan.

“IWK menekankan mengenai kepentingan mengosongkan tangki septik individu secara berkala sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun.

“Orang awam boleh memilih mendapatkan perkhidmatan pengosongan tangki septik ini daripada IWK melalui ‘Desludging Business Unit’ atau sebarang syarikat pemegang lesen perkhidmatan,” katanya ketika berucap dalam program CSR dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Penghuni Rumah Amal Cahaya Kasih.

Pada majlis itu, seramai 30 anak yatim dan penghuni rumah amal terbabit diraikan dalam majlis berbuka puasa selain menerima sumbangan duit raya. - UTUSAN ONLINE