Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

IoT pertama di Malaysia

Telekom Malaysia kendali perkhidmatan pintar di wilayah pembangunan Iskandar

Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia 2
Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Telekom Malaysia Berhad (TM) memacu teknologi dan perkhidmatan pintar dengan melaksanakan Pusat Operasi Bersepadu (IOC) di wilayah Iskandar Malaysia bagi penyampaian penyelesaian per­khidmatan pintar yang pertama di Malaysia.

Timbalan Ketua Pegawai Ek­sekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman berkata, IOC berkenaan akan bertindak sebagai pusat kawalan berpusat bagi operasi Internet of Things (IoT) perkhidmatan bandar pintar.

Menurutnya, perjanjian per­sefahaman (MoU) antara TM dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) menggambarkan usaha kukuh bagi memastikan penyampaian perkhidmatan bandar pintar les­tari yang efektif.

“Sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan pintar bersepadu serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kami berbangga memainkan peranan penting dalam mewujudkan ekosistem yang akan menjadikan Iskandar Malaysia sebagai model sebuah bandar digital sepenuhnya di Malaysia.

“Penyediaan perkhidmatan pintar bukanlah sesuatu yang baharu buat TM kerana kami telah membawa pelbagai per­khidmatan pintar di Malaysia termasuklah pemantauan keselamatan, pengurusan trafik dan pelanggan terhubung.

“Menerusi MoU yang telah termeterai ini, kami akan menggunakan kepakaran dalam rumusan bandar pintar untuk manfaat Iskandar Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bazlan telah menyempurnakan majlis pertukaran MoU bersama Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim sambil disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kelmarin.

Perkhidmatan IOC akan mem­bolehkan TM menyediakan papan pemuka pemantauan tunggal untuk menyelaraskan operasi perkhidmatan pintar melibatkan peranti dan sensor fizikal, kenderaan, bangunan serta insiden yang berlaku dalam kawasan Iskandar Malaysia.

Selain IOC, pelaburan TM di Iskandar Malaysia merangkumi infrastruktur telekomunikasi fiber optik dan pusat data bertaraf dunia.

Dalam pada itu, Ismail berkata, MoU yang telah ditandatangani bersama TM selaras dengan Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia ii (CDPii) 2014-2015 yang menyasarkan untuk memacu pertumbuhan menerusi ekosistem ekonomi dan teknologi lestari ke arah melahirkan masyarakat pintar, terhubung dan bersifat inklusif.

“Kami akan terus mengalu-alukan kehadiran pelbagai syarikat seperti TM untuk memeterai kerjasama strategik bersama IRDA ke arah mencapai visi Iskandar Malaysia menjadi sebuah metropolis kukuh dan lestari bertaraf antarabangsa,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain