Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Inspirasi seni khat

60 karya penggiat tempatan dipamerkan di Matic

KUALA LUMPUR 03 MARCH 2015 - Gambar Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, 3
Satu karya pelukis khat yang memberi penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee turut dipamerkan di Matic, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 5 Mac - Hasil karya para penggiat tulisan khat tempatan menarik perhatian ramai dalam Pameran­ Seni Khat Islam bertemakan ‘Rehlaat: Kembara Jawi’ yang diadakan di Pusat Pelancongan­ Malaysia (Matic) di sini, sejak Isnin lalu.

Pameran anjuran Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) itu yang berlangsung selama sebulan boleh dikunjungi mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Penolong Setiausaha PSKK, Muhamad Shafiee Abdullah berkata, sebanyak 60 karya seni khat yang dihasilkan oleh 28 pelukis tempatan dipamerkan untuk­ tatapan penggemar seni selain untuk dijual.

“Selain itu, pada setiap Sabtu dan Ahad akan diadakan demonstrasi,­ bengkel penulisan dan ceramah berkaitan seni khat.

“Kita menjemput pelajar, guru, penggiat seni khususnya pelukis seni kontemporari untuk menghadiri pameran ini bagi menambah pengetahuan mereka.

“Pelbagai jenis tulisan khat dipamerkan termasuk Kufi, Nasah, Diwani dan Sulus yang menampilkan pelbagai tulisan dalam bentuk ayat al-Quran, kata-kata hikmat serta pantun Melayu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Muhamad Shafiee, tulisan khat tersebut dijual antara RM1,500 hingga RM5,000.

Katanya, seni khat mempunyai keistimewaan tersendiri kerana boleh menjadi medium dakwah kepada masyarakat.

“Saya melihat perkembangan seni khat semakin positif di negara ini. Dahulu orang hanya tahu mengenai tulisan khat biasa, tetapi sekarang pelbagai jenis tulisan telah wujud.

“Sebagai contoh, khat tra­di­sional­ menggunakan kertas ahar dan disalut dengan cecair putih telur dan ditulis­ dengan menggunakan dakwat yang diinspirasi dari Turki. Namun tulisan moden kini ditulis di atas kanvas menggunakan bahan-bahan seperti­ arkilik,” ujarnya.

Jelasnya, hiasan seni khat Kufi yang berasal dari Iraq menggunakan kanvas kini mendapat permintaan ramai kerana sejarah dan keunikannya.

“Sejak 30 tahun PSKK ditubuhkan, ramai yang telah berjaya dalam dunia seni khat di negara ini selepas mengikuti sesi pembelajaran­ dengan kerjasama Muzium Kesenian Islam.

“Ramai yang menceburi bidang keusahawanan dengan menjual tulisan khat termasuk mengeluarkan produk-produk untuk masjid dan sekolah agama,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain