Buku yang diterbitkan universiti swasta itu berjudul ‘Perak Sultanate : The Historic Royal Glory of Perak Tengah’.

Sultan Nazrin bertitah, penerbitan buku tersebut mempunyai matlamat mulia dengan usaha murni UTP dalam pencarian maklumat yang bersifat setempat.

Malah, titah baginda, penghasilan buku itu juga dapat menjelaskan kepada rakyat dan lebih menghargai mengenai sistem monarki dan warisannya.

“Buku ini akan menjadikan rakyat lebih menyedari, memperkukuhkan semangat dengan pemahaman yang lebih jelas mengenai asal usul budaya mereka.

“Akar umbi sejarah dan warisan Perak Tengah telah memberi gambaran kegemilangan kepada banyak kisah dan episod seperti yang tertera dalam buku-buku. Kisah-kisah yang melangkaui abad,” titah baginda pada majlis pelancaran buku Perak Sultanate: The Historic Royal Glory of Perak Tengah di Malaysian Petroleum Club di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE