Konsep tersebut diketengahkan bertujuan bagi membangkitkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat sekali gus mempupuk rasa cinta kepada negara secara khususnya.

Pengarah Eksekutif Perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd. Najib Mohd. berkata, usaha tersebut merupakan satu pembaharuan yang dilaksanakan untuk menzahirkan semangat dan menghayati peristiwa bersejarah pada kali pertama negara merdeka.

Beliau berkata, dalam merea­lisasikan perkara tersebut pi­­­hak­­nya giat membina­ tempat duduk ‘grandstand’ berkonsepkan pelan lantai berbentuk Stadium Mer­deka.

“Buat pertama kali ‘grandstand curve’ akan digunakan di dalam sambutan ka­li ini yang akan membentuk susunan tempat duduk ala-ala Dataran Merdeka dengan kapasiti kira-kira 10,000 tempat duduk.

“Kerja-kerja pemasangan yang membabitkan kira-kira RM6 juta itu kini mencapai tahap 95 peratus,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Mohd.Najib berkata­, skrin LED gergasi sepanjang 200 meter panjang dan sembilan meter tinggi pula akan dipasang di sekeliling tempat duduk awam.

“Pemasangan ini mem­bo­leh­kan  kombinasi persembahan di­ padang, udara serta vi­deo dan multimedia ditonton lebih jelas bagi memberikan impak penceritaan yang lebih menarik kepada pengunjung,” jelasnya.

Sementara itu, katanya la­gi, bermula 26 sehingga 31 Ogos ini, laluan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut akan ditutup kepada lalu lintas bagi memberi laluan kepada acara raptai yang akan berlangsung di Dataran Merdeka.

“Dalam menyemarakkan­ ­lagi­ semangat patriotik dalam kala­ngan warga kota, pihak berkuasa tempatan itu juga turut me­ng­agihkan sebanyak 55,000 Jalur Gemilang kepada agensi swasta dan kerajaan serta orang ramai bagi menyemarakkan lagi sam­butan Bulan Kemerdekaan,” ujar­nya.