-

Menurut jurucakap Anih Berhad, situasi itu berikutan peningkatan jumlah warga kota meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Oleh itu, pihak kami mencadangkan waktu masuk ke Lebuhraya dari Kuala Lumpur ke Terengganu dan Kelantan dari pukul 6 hingga 10 pagi atau 5 petang hingga 8 malam berbeza destinasi ke Pahang iaitu waktu perjalanan bermula pukul 12 tengah hari hingga 3 petang atau 7 hingga 11 malam pada 30 dan 31 Ogos.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak dari memasuki Plaza Tol Gombak pada 9.30 pagi hingga 12 tengah hari atau 9.30 hingga 12 malam berikutan ia waktu perjalanan bas ekspres ke destinasi Pantai Timur,” katanya. - UTUSAN ONLINE