QISTINA BALQIS kini berusia enam tahun selepas ditinggalkan ibu kandung ketika berusia dua minggu.

Rohani Harun, 53 berkata, budak perempuan bernama Qistina Balqis itu ditinggalkan sejak berusia dua minggu oleh ibu kandungnya.

“Ketika diserahkan, wanita berkenaan berjanji akan mengambil kembali anaknya namun menghilang tanpa dapat dihubungi.Proses pendaftaran ini penting kerana tahun depan Qistina akan masuk ke sekolah.

“Bagaimana hendak daftar sekolah jika tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi penjaga Qistina di talian 019 3952889 atau 0126389272. - UTUSAN ONLINE