Hypermarket Sweep Petron telah dilancarkan pertama kali pada tahun 2015 dengan hadiah bernilai RM55,000. - UTUSAN ONLINE

Petron dalam kenyataan di sini hari ini berkata, program membeli-belah yang dinanti-nantikan itu akan diadakan di lima negeri iaitu Selangor, Johor, Pulau Pinang, Pahang dan Sabah.

Katanya, cabaran Hypermarket Sweep yang masuk musim keempat itu dianjurkan dengan bekerjasama pasar raya terkemuka, Giant Malaysia Sdn. Bhd, yang mempunyai rangkaian lebih daripada 150 pasar raya.

“Hypermarket Sweep bermula secara rasmi pada 14 Mac 2015 di Giant Hypermarket, Stadium Shah Alam dengan 20 pasukan berlumba mengejar masa bagi mengumpul barangan bernilai RM55,000.

“Petron sangat teruja untuk mengadakan Hypermarket Sweep sekali lagi yang merupakan salah satu daripada program untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan setia kami,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pada tahun ini, pihaknya akan memberikan mata ganjaran kepada pemenang yang boleh digunakan di kedai Treats atau outlet rakan kongsi mereka.

“Cabaran Hypermarket Sweep ini membuktikan matlamat kami untuk memberi pelanggan lebih banyak nilai dan penjimatan melalui pengalaman kad Petron Miles yang unik,” katanya. - UTUSAN ONLINE