Acara berbuka puasa beramai-ramai sambil menikmati panorama bandar raya bersama warga kota dan pelancong asing itu dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) setiap hujung minggu.

Orang ramai yang sudah sedia mengambil tempat duduk walau bagaimanapun terpaksa dipindahkan ke Dataran Underground (ruangan bawah tanah Dataran Merdeka) apabila hujan mulai renyai kira-kira pukul 6.55 petang.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah JKKN, Tan Sri Norliza Rofli yang turut meraikan pelajar tahfiz daripada Akademi Tahfiz Al-Hidayah dan Madrasah Tahfiz Al-Quran Syazwan untuk bersama mengimarahkan keberkatan berbuka puasa.

Terdahulu, acara bermula pukul 5 petang itu dimeriahkan dengan pengagihan bubur lambuk serta perkhidmatan kaunter bergerak daripada pelbagai agensi kerajaan kepada orang ramai termasuk jualan makanan foodtruck. - UTUSAN ONLINE