POKOK tumbang di lima kawasan akibat hujan lebat yang melanda ibu negara petang tadi.-Ihsan media sosial

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, antara kawasan dilaporkan terlibat iaitu belakang Apartmen Putra Majestic, Jalan Ipoh, Kampung Kasipillay, Arata Kondominium, Jalan Syers, Taman Tunku dan Institut Penyelidikan Perubatan, Jalan Pahang di sini.

Ujarnya, dua lagi kawasan iaitu membabitkan Jalan Kolam Air 4, Jalan Ipoh dan belakang Sirim, Bukit Jalil di sini.


“Berikutan kejadian, kerja-kerja memotong pokok tumbang telah dilakukan oleh anggota bertugas dalam memastikan kawasan terlibat berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE