Mohd. Azfar Ariff Mohd. Farid (dua dari kanan) bergambar bersama rakan kongsi dan kakitangan restoran tersebut di samping sajian utama iaitu ikan patin masak tempoyak, aneka pastri dan kuih-muih di Vista Alam, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS

Pengurusnya, Mohd. Azfar Ariff Mohd. Farid berkata, restoran tersebut berkonsepkan santai dan menyajikan menu istimewa dari seluruh negara.

"Buat masa ini kita menyajikan nasi berlauk patin masak tempoyak, kari kambing serta nasi air dingin yang didatangkan khas dari Kelantan setiap pagi.

"Kita juga menyajikan lauk masak lemak, nasi Baghdad, asam pedas di samping lempeng, nasi lemak dan dim sum," katanya kepada Utusan Kota di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Azfar, selain minuman berasaskan kopi dan teh, Hubz juga menyediakan kopi cappuccino dan lain-lain.

Katanya, terbaru menu mee rebus turut mendapat sambutan hangat pelanggan selain pelbagai aneka kek keju dan coklat yang merupakan hasil air tangan rakan kongsinya.

"Restoran Hubz dibuka dari 7.00 pagi hingga 7.00 malam dan kami turut menyajikan roti bakar bagi mereka yang ingin makanan ringan sambil bersantai dengan rakan-rakan," katanya.

Tambahnya, kepada orang ramai yang ingin merasai kelazatan ikan patin tempoyak dan lain-lain sajian boleh berkunjung ke restoran Hubz di F-40 Vista Alam, Jalan Ikhtisas Seksyen 14 di sini. - UTUSAN ONLINE