Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hubungan kebudayaan diperkukuh

CHANG TIEH CHIH (tiga dari kanan) bersama Chang James Chi-Ping (tiga dari kiri) memegang plakad prom
CHANG TIEH CHIH (tiga dari kanan) bersama Chang James Chi-Ping (tiga dari kiri) memegang plakad promosi Persembahan Trak Seni Taiwan 2017 di Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/ DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Hubu­ngan bilateral Malaysia-Taiwan terus diperkukuh mencakupi pelbagai bidang termasuk kebudayaan yang dilihat berpotensi untuk membina persefahaman.

Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Kebudayaan Umum China (GACC), Chang Tieh-Chih berkata, ele­men seni dan budaya tradisi dekat menjadi medium penting memperkukuh hubu­ngan erat, sete­rusnya menggalakkan percambahan budaya antara kedua-dua negara.

Katanya, bagi merealisasikan matlamat tersebut, GACC de­ngan kerjasama Pejabat Ekonomi dan Budaya Taiwan (TECO) di Malaysia, buat julung kalinya akan menganjurkan Persembahan Trak Seni Taiwan 2017 pada 22 dan 23 September ini.

“Inisiatif membuktikan ko­mit­men mengukuhkan hubu­ngan dua hala yang bukan sahaja terbatas antara kerajaan malah turut melibatkan rak­yat kedua-dua negara untuk saling memahami serta menghargai aspek seni dan budaya tradisi yang dimiliki.

“Pemilihan Malaysia sebagai destinasi ulung penganjuran acara ini amat signifikan kerana kedudukannya yang stategik serta menjadi gerbang penting bagi kami menembusi rantau Asia Tenggara,” katanya dalam sidang akhbar sempena penganjuran Persembahan Trak Seni Taiwan 2017, di Menara Yayasan Tun Razak di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Perwakilan Misi Persembahan Trak Seni Taiwan 2017, Chang James Chi-Ping; Presiden Persatuan Pelabur Taiwan di Malaysia, Hsu Cheng-Te dan Datuk Chiang Wen Chou.

Pulau Pinang dipilih sebagai lokasi utama acara yang menampilkan artis ter­kenal Taiwan antaranya pe­nyanyi wanita, Enno Cheng; kumpulan Chio-Tian Folk Drums and Art Troupe dan Takao-Run Folks Song & Arts Group yang terkenal dengan ta­rian serta nyanyian lagu tradisi.

Sementara itu, Chi-Ping pula menjelaskan, penganjuran kali pertama acara kesenian dan kebudayaan di luar Taiwan itu selaras dasar digariskan oleh kerajaan melalui New Southbound Policy yang diinisiatifkan oleh Presiden, Tsai Ing-Wen.

Berdasarkan aturcara rasmi, Persembahan Trak Seni Taiwan 2017 akan diadakan di dua lokasi iaitu Penang City Mall, pada 22 September diikuti Auto City pada keesokannya, bermula pukul 7.30 hingga 10 malam.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain