Meskipun jejaka berusia 27 tahun ini merupakan lepasan jurusan Diploma Perakaunan di Politeknik Port Dikson, Negeri Sembilan, semangat memperjuangkan cabang kesenian Islam itu nyata tidak sia-sia.

Walaupun awalnya berkarya atas dasar minat, kini ‘tarian tangan’ ke atas pelbagai medium menjadi sumber pendapatan tetap.

“Saya pernah bekerja hampir dua tahun dalam sektor kerajaan, tetapi ia tidak mampu memberi kepuasan kepada saya.

“Akhirnya saya membuat keputusan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pernigaan seni lukis kerana minat dan cita-cita saya yang sebenar,” katanya.

Muhammad Faisal berkata, tiga elemen diketengahkan dalam bentuk lukisannya antaranya ialah seni khat, ukiran kaligrafi islam dan lukisan abstrak.

Ujarnya, karya yang terhasil dijual pada harga serendah RM200 sehingga puluhan ribu ringgit bergantung kepada jenis lukisan.

“Bagaimanapun ada juga jenis lukisan hasil janaan idea pelanggan terutamanya seni khat yang diukir mengikut kreativiti dan kehendak mereka,” ujarnya.