Program tersebut bertujuan mengumpul dana bagi membantu empat pertubuhan amal iaitu Malaysia Prader Willi Syndrome, Malaysia Metabolic Society, Malaysia Lysocomal Disease Association dan Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia.

Acara larian yang bermula pada pukul 7 pagi itu dibuka kepada dua kategori iaitu terbuka lelaki dan wanita serta keluarga dengan jarak larian masing-masing sejauh lima kilometer.

Orang ramai yang berminat menyertai acara itu boleh membuat pendaftaran secara dalam talian di http://www.racexasia.com/event/hkl-city-run-2019/.

HKL City Run 2019 dianjurkan dengan kerjasama HKL, Kementerian kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pesuruhjaya Sukan dan Polis Diraja Malaysia. - UTUSAN ONLINE