Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, kerja-kerja pengutipan sampah itu dilaksanakan selama lima jam bermula dari pukul 6 petang hingga 11 malam .

“Sebanyak 12 buah jentera dan lebih 80 pekerja pembersihan terlibat bagi kerja-kerja pengutipan sampah, membersih dan mencuci jalan-jalan utama yang terlibat, ”katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE