Namun keputusan meninggalkan kamera yang sebelum itu dianggap sebagai pancaindera keenam hanya menambah kemurungan dan kekusutan fikirannya.

Selepas sepuluh tahun ber­lalu, pemuda kelahiran Gemas, Ne­ge­ri Sembilan itu masih lagi boleh me­lihat namun pan­dangan matanya ti­dak seperti manusia biasa.

Tahap penglihatan yang merosot saban hari akibat penyakit glaukoma berpunca daripada penggunaan ubat pe­nitis mata menye­babkan sudut pandangan matanya semakin mengecil.

“Seperti melihat dari dalam terowong. Saya tidak nampak apa-apa yang ada di kiri, kanan, begitu juga atas dan bawah.

“Penglihatan sebesar duit syiling yang dinamakan tunnel vision ini dikategorikan pada tahap B3 .

“Dahulu doktor kata saya akan buta dalam masa lima tahun tapi alhamdulillah mata saya masih boleh melihat tapi seperti mengintai dari lubang,’’ katanya.

Rashidi merupakan salah seorang daripada tujuh jurugambar yang me­-
n­yertai Pameron Fotografi Sensory anjuran Plus Community Partnership de­ngan kerjasama Studio DL bertempat di galeri RUANG by ThinkCity, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bernaung di bawah Khazanah Nasional.

Pameran sehingga 27 September ini yang dianjurkan buat pertama kali di Malaysia itu menampilkan lebih daripada 70 karya fotografi yang dihasilkan oleh jurugambar cacat penglihatan.

Pameran turut disertai Jamaliah Mohd Yasin dan Ahar Tabe yang buta sepenuhnya manakala empat lagi jurugambar cacat penglihatan pelbagai tahap (B3 hingga B1) Svivabalan Selvarajan, Then Sze Young, Vivian Kwek Chu Lan dan Ng Suzie.

Mereka merupakan sebahagian daripada pelatih yang mengikuti latihan fotografi di Malaysian Association for the Blind (MAB) kendalian jurugambar komersial, David Lok dari Studio DL.

“Fotografi untuk orang cacat penglihatan seperti kami sangat berbeza. Kami diajar mengambil gambar dengan memaksimumkan keupayaan pancai indera yang ada.

“Misalnya menggunakan haba daripada matahari untuk mengesan kewujudan cahaya, mendengar bunyi, menghidu bau dan melalui deria sentuhan,’’ kata penceramah motivasi separuh masa itu.

Rashidi berkata, selain gambar-gambar yang menceritakan pelbagai sudut kehidupan dalam masyarakat, pameran itu turut memaparkan 28 cetakan fotografi tactile.

Karya yang menggunakan cetakan tiga dimensi dengan ciri-ciri braille dan dilengkapi alat bantu audio itu adalah medium interaktif untuk memberi peluang orang ramai merasai per­spektif orang cacat penglihatan dengan meneka subjek-subjek dalam gambar.

Maklumat lanjut mengenai pame­ran boleh diperolehi dari laman www.facebook.com/Sensoryphotographyexhibitions.