Sebaliknya, berkat usaha gigih dan tidak berputus asa, Anuarmusha Marudi, 26, anak jati negeri ini kini bergelar usahawan kecil- kecilan dengan perniagaan kacang rebus yang menarik perhatian pengunjung di Jalan Tuanku Abdul Rahman terutama waktu hujung minggu.

“Sebelum saya menjual kacang rebus saya bekerja sebagai pengirim (despatch) di sebuah syarikat swasta.

ANUARMUSHA MARUDI menjual kacang rebus dengan motorsikal tiga roda di Lorong Tuanku Abdul Rahman be

ANUARMUSHA MARUDI menjual kacang rebus dengan motorsikal tiga roda  di Lorong Tuanku Abdul Rahman berhampiran Jalan Masjid India baru - baru ini. UTUSAN ONLINE / AZLAN HADI ABU BAKAR

“Selepas kehilangan motosikal saya hilang mata pencarian,” katanya ketika tinjauan Utusan Online baru- baru ini.

Bermodalkan duit simpanan dan tuntutan insurans, dia meneruskan perancangan perniagaan awal menjual kacang rebus dengan membeli sebuah motosikal tiga roda.

“Hasil menjual kacang rebus ini tidaklah lumayan. Paling tinggi RM50 dan paling minimum RM30 sehari,” jelasnya.

Kacang rebus bersaiz besar ini diperolehi daripada pembekal di pasar borong berdekatan dan sebanyak 40 kilogram dibawa untuk dijual bermula dari jam 12 tengahari sehingga 6 petang. - UTUSAN ONLINE