Hijab, hadiah untuk ayah - Norish Karman
NORISH KARMAN tampil berhijap menerusi gambar yang dimuatnaik dalam akaun Instagramnya. - UTUSAN ONLINE

Norish menerusi laman sosial, Instagram memberitahu, imej tersebut bukan didorong oleh sebarang rancangan untuk menjual tudung atau melakukan promosi sebaliknya dia telah menemui kekuatan untuk tampil berhijab.

“Doakan saya supaya terus istiqamah. Saya tidak memakai tudung kerana bermimpikan tentang kematian atau ingin menjual tudung mahupun untuk promosi. Ini adalah demi Allah dan ayah sempena ulang tahun kelahirannya.

“Sudah lama ayah menyuruh kami adik-beradik memakai tudung tetapi saya belum bersedia dan degil. Kini dalam serba kekurangan, saya tak mampu beri apa-apa jadi inilah hadiah saya sebagai anak perempuan kepadanya.

“Pesan saya untuk diri sendiri dan semua, carilah diri sendiri dan kenali diri. Saya juga sedang memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Pedulikan apa orang nak kata,” katanya. - UTUSAN ONLINE