makanan.

Bagi tahun ini, hotel itu memilih tema ‘Inspirasi Resipi Tradisi’ yang menyediakan menu tradisional tempatan di Restoran Asiatique bagi menepati selera mereka yang ingin berbuka puasa.

Dengan empat penggiliran menu dan lebih 10 gerai ala kampung dan stesen makanan, pastinya membuka selera umat Islam selepas seharian berpuasa.

Antara hidangan yang menanti pelanggan termasuklah kambing panggang, sup gear box, puyuh masak kampung, gulai kawah sup ekor, gulai kawah tulang rawan dan daging salai mangga muda.

Turut disajikan pelbagai pilihan nasi briyani, mi, ulam, kuih tradisional, buah-buahan dan pencuci mulut.

Pengurus Komunikasi dan Pemasaran hotel itu, Sofiah Baharuddin berkata, dengan harga yang berpatutan iaitu RM85+ untuk dewasa dan RM45+ kanak-kanak, bufet berbuka puasa itu sesuai bagi meraikan rakan rakan korporat dan ahli keluarga.

“Antara tarikan semasa berbuka puasa ialah bubur lambuk berempah asli dan juga apam balik yang tidak boleh dilepaskan oleh pelanggan.

“Kami juga menyediakan stesen makanan berhampiran kolam renang yang menghidangkan kambing panggang ala Arab, makanan laut, sate, sosej dan lain-lain lagi,” katanya di sini hari ini.

Sofiah berkata, selain hidangan makanan lazat dari resipi turun-temuruan, orang ramai juga akan dihiburkan dengan persembahan ghazal semasa berbuka puasa.

Selain itu, bagi yang ingin berbuka puasa dengan hidangan makanan Cina di hotel tersebut boleh berbuat demikian di Restoran Han Pi Yuen.

Terdapat set menu promosi berharga RM788+ untuk satu meja yang boleh menempatkan 10 orang. Promosi ini bermula pada 27 Mei lalu dan akan berakhir pada 24 Jun.

Mereka yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 06-766 6666 (sambungan 6120/6103) atau melayari laman web, www.royalechulan-seremban.com untuk maklumat lanjut. - UTUSAN ONLINE