Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hasil hutan Orang Asli di Sunday Market

PETALING JAYA 5 Mei - Buat julung kalinya masyarakat Orang Asli daripada suku Temuan berjinak memasarkan hasil hutan mereka melalui pasar bulanan Sunday Market pada hari Ahad minggu ke dua setiap bulan.

Penasihat Jawatankuasa Sunday Market Desa Temuan, Ahmad Danial Hassan berkata, pasar pagi di Desa Temuan, Damansara Perdana di sini bermula sejak Februari itu mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada masyarakat Orang Asli sendiri.

Katanya, lebih 20 tapak jualan pelbagai hasil hutan seperti ulam-ulaman dan akar kayu termasuk herba dan manisan madu dapat dibeli orang ramai selain bahan kraftangan hasil buatan masyarakat setempat.

“Jualan mingguan seperti ini oleh masyarakat Orang Asli belum pernah lagi kita dengar apabila mereka kini agak terbuka menerima ‘orang luar’ dalam aktiviti jualan dan menjaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sunday Market Desa Temuan dibuka daripada pukul 8 pagi sehingga 4 petang dan turut terdapat jualan produk makanan dan pakaian itu mendapat sokongan penuh daripada Universiti Malaya dan Pertubuhan Iqra Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain