Penganjuran program bersempena Hari Bumi yang disambut pada setiap 22 April itu sebagai usaha untuk menghargai dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar.

Sekretariat Media, Unit Komunikasi Korporat MBPJ dalam kenyataan akhbarnya memberitahu, antara aktiviti yang diadakan sepanjang program termasuk jualan bahan tanaman tumbuhan seperti bahan kompos cecair, anak pokok, biji benih serta demonstrasi penggunaan kaedah penanaman sayur-sayuran secara hidroponik.

“ MBPJ juga memberikan satu botol berkapasiti 1.5 liter bahan kompos cecair kepada 300 pengunjung terawal. Program ini terbahagi kepada dua sesi iatu sesi pertama bermula pada pukul 10 pagi hingga 12 tengahari manakala sesi kedua pada pukul 2 petang hingga 4 petang.-UTUSAN ONLINE