Menurut kenyataan MBPJ, program itu bertujuan memelihara tenaga dan sumber bagi mengurangkan penggunaan kenderaan supaya dapat mengawal pencemaran udara.

“Selain itu, program ini memberi peluang kepada masyarakat untuk melakukan aktiviti komuniti bersama keluarga antaranya PJ Fun Ride, larian kostum, pertandingan mewarna serta senaman tarian zumba.

“Pihak kami berharap masyarakat akan menyokong usaha MBPJ dalam merealisasikan matlamat menghasilkan bandar raya berkarbon rendah, hijau dan bebas halangan,” kata kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE