POSTER Hari Tanpa Kenderaan MDHS 2019 yang bakal diadakan pada Sabtu ini.

MDHS memaklumkan, program antara lain bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk setempat.

“Program akan bermula dari pukul 6.30 pagi hingga 12 tengahari. Pelbagai acara diatur sepanjang program berlangsung termasuk pameran dan pembukaan kaunter seperti Air Selangor, kaunter daftar memandu dan sebagainya,” menurut kenyataan MDHS di sini.

Tambah kenyataan itu, 500 pengunjung terawal yang mendaftar berpeluang mendapat hadiah misteri.-UTUSAN ONLINE