Program julung kali yang dihadiri oleh kesemua anak, cucu, dan cicit Zaharah itu bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan bagi memupuk kebahagiaan.

Anak bongsu, Zarina Hashim berkata, acara yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 1 petang itu diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya rebut gula-gula, tiup belon, tarik tali, futsal, lari simpulan kasih (ikat kaki) dan mandi tepung.

“Program ini berjaya menepati matlamat untuk menyatukan sanak-saudara kami di sebuah lokasi perkampungan iaitu di halaman sendiri bagi mengimbau kembali kenangan lama sewaktu dibesarkan dahulu,” katanya. - UTUSAN ONLINE