Hari Bertemu Pelanggan MBPJ Jumaat ini
 

MBPJ dalam kenyataannya di sini hari ini memberitahu, program tersebut bertujuan menyediakan platform kepada masyarakat khususnya penduduk di sekitar Petaling Jaya untuk bertemu pihak pengurusan bagi menyalur dan menerima maklum balas berkaitan aduan.

“Orang ramai boleh hadir ke Hari Bertemu Pelanggan pada Jumaat ini di Tingkat 1, Ibu pejabat MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, Seksyen 52, Petaling Jaya,” menurut kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE