Katanya, kesedaran itu perlu ditingkatkan supaya dapat mengurangkan jurang ketidaksamarataan golongan tersebut dalam kalangan masyarakat.

“Kerajaan sentiasa menyokong penuh usaha mana-mana NGO yang ingin membantu golongan , “ katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis minum petang dan Program amal penyerahan bantuan persekolahan fasa kelima anjuran Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia.

Program berkenaan melibatkan 100 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan dan golongan asnaf.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khalid memberitahu, kerajaan masih belum memuktamadkan sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mata wang kripto di negara ini.

Sebelum ini, beliau yang juga pengasas bersama Harapan Coin mencadangkan mata wang itu boleh digunakan dalam transaksi dengan kerajaan seperti pembayaran lesen, saman dan sebagainya. - UTUSAN ONLINE