Namun pertubuhan itu berharap agar kerajaan dapat memastikan penguatkuasaan ketat dijalankan setelah akta tersebut dipinda dan dikuatkuasakan di seluruh negara bulan hadapan.

Presidennya, Siti Zarina Ismail berkata, kerajaan juga digesa menghapuskan pengambilan pekerja rumah tangga secara langsung kerana amalan ini bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh kedutaan Filipina dan Indonesia.

“Ini kerana ia memberikan risiko sekiranya majikan mengupah pekerja rumah tangga daripada negara sumber melalui pengambilan secara langsung.

“Tindakan tersebut juga dikhuatiri akan membawa kepada lebih banyak isu pemerdagangan serta penyalahgunaan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE -

habis