Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik menjelaskan, pelaksanaan GST seharusnya diteruskan kerana bakal memenuhi kepentingan nasional agar pentadbiran negara tidak terjejas.

“Sebelum GST diperkenalkan, kerajaan melaksanakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dengan kutipan di antara RM17 ke RM18 bilion setahun.

“Apabila GST dilaksanakan, kutipan cukai tahunan negara berjaya dipertingkatkan sehingga mencapai RM45 ke RM50 bilion setahun,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Jelasnya, GST dilaksanakan untuk menampung kekurangan pendapatan negara akibat situasi dunia termasuk kejatuhan harga minyak.

“Peningkatan cukai berlaku kerana pelaksanaan GST lebih telus dan tiada mana-mana pihak terlepas daripada membayar cukai termasuk orang tengah,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE