LBS dalam kenyataan di sini hari ini berkata, majlis pelancaran program itu akan berlangsung di Pusat Kebangsaan Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF-NC), Jalan Jenjarum, Petaling Jaya pada Khamis ini bermula pukul 12 tengah hari.

“Program ini diadakan sempena sambutan Hari Sindrom Down Sedunia. KDSF-NC melalui Yayasan LBS sekali lagi menyokong usaha ini dengan menjadi penyumbang dana tahunan.

“LBS percaya dengan adanya program seperti ini, ia akan mencapai matlamat memperkasakan orang ramai dan komuniti setempat sekali gus mewujudkan perubahan mendalam dalam kalangan mereka,” katanya. - UTUSAN ONLINE