KUALA LUMPUR, 03 Oktober 2017 - Pengerusi Perbadan Pengurusan Vista Seri Putra, Mohamad Rozman Besiri ketika sidang akhbar di Apartment Vista Seri Putra Bandar Seri Putra Kajang di sini hari ini.Gambar FAUZI BAHARUDIN Pemberita Fauzi Suhaimi (Meja Kota)

Pengerusi Perbadanan Pengurusannya, Mohamad Rozman Besiri, 39, berkata, masalah itu bukan sahaja memberi tekanan kepada penduduk malah aspek keselamatan mereka turut terancam.

“Kita tahu kesilapan ini adalah berpunca daripada penduduk yang gagal membayar kos penyelenggaraan tetapi ia memerlukan perhatian semua pihak.

“Perkara ini dalam proses untuk dibaik pulih dalam masa terdekat berdasarkan kepada peruntukan yang ada dan bantuan daripada kerajaan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Johan Abd. Aziz meluangkan masa kira-kira sejam meninjau dan melihat masalah yang dihadapi penduduk berkenaan.- UTUSAN ONLINE