Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, pertandingan siri kedua itu menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM44,000.

“Pertandingan anjuran DBKL dengan kerjasama KOPDBKL sudah mula dibuka untuk pendaftaran sejak Ahad lalu hingga 5 Ogos ini.

“Selain hadiah utama, 500 peserta yang mendaftar awal akan menerima baju t-shirt pertandingan secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan ikan sempena GP KOPDBKL di tasik berkenaan hari ini. - UTUSAN ONLINE