Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hadiah RM30,000 menanti kaki pancing

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Kira-kira 1,000 peserta dijangka memenuhi Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor sempena pertandingan memancing Pesta Bagan Lalang anjuran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) pada Sabtu ini.

PUASA MD. TAIB

Yang Dipertua MPSepang, Datuk Puasa Md. Taib berkata, pertandingan julung kali diadakan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000 sekali gus meningkatkan semangat para peserta untuk terus bersaing.

“Pemenang akan ditentukan berdasarkan timbangan berat ikan yang berjaya dipancing. Peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik, termasuk sebuah televisyen 32 inci” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Puasa, juara pertandingan akan membawa pulang RM20,000, naib juara RM5,000 dan ketiga RM1,000.

“Yuran penyertaan adalah RM50 untuk sebatang joran dan peserta terawal mendaftar akan menerima t-shirt dan minuman Oishi daripada penganjur,” katanya.

Katanya, kaunter pendaftaran akan dibuka pada Jumaat ini pukul 3 petang hingga 10 malam di khemah urus setia di lokasi pertandingan itu.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman Facebook Jorankl atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 dan 012-2846811. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain