Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Anwar Mohd. Zain berkata, pertandingan kali ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM15,000 sekali gus meningkatkan­ semangat para peserta.

“Dengan adanya aktiviti sihat pada hujung minggu, program ini diharap dapat meningkatkan rasa cinta kepada Wilayah Persekutuan dalam usa­ha memastikan keharmonian serta perpaduan warganya terus dikekalkan.

“Selain itu, Taman Tasik Ampang Hilir mempunyai keunikan tersendiri kerana banyak spesies ikan termasuk tongsan, toman, patin dan rohu menanti kaki pancing,” katanya ketika melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai spesies seberat antara tiga hingga lima kilogram di tasik berkenaan di sini, baru-baru ini.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman Facebook Jorankl atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 dan 012-2846811.- UTUSAN ONLINE