Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abd. Halim Abd. Samad berkata, dijangkakan seramai 3,000 orang, termasuk 220 peserta pertandingan memancing akan memenuhi tasik tersebut.

“Program anjuran Pejabat Ahli Parlimen Setiawangsa dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 itu adalah kali keempat dan merupakan acara wajib bagi mengajak orang ramai memeriahkan program tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas acara melepaskan satu tan ikan pelbagai jenis sempena Pertandingan Memancing dan Santai Rakyat Parlimen Setiawangsa di tasik berkenaan hari ini.

Program yang berlangsung pukul 8 pagi hingga 5 petang pada Sabtu ini akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari. - UTUSAN ONLINE