Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zaharudin Basiron berkata, dijangkakan seramai 1,500 peserta pertandingan memancing akan memenuhi tasik berkenaan.

“Pertandingan memancing ini bertujuan memperkenalkan taman tasik rekreasi di ibu negara untuk dimanfaatkan oleh warga kota dengan melakukan aktiviti sihat bersama keluarga.

“Pendaftaran boleh dibuat di khemah urusetia, Tasik Ampang Hilir Sabtu ini bermula pukul 12 tengahari hingga 10 malam dan pada hari pertandingan sebelum jam 6.30 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE