PUTRAJAYA 18 April - Kementerian Kesihatan perlu menunggu hasil ujian darah sebelum dapat mengesahkan sama ada dua pelajar prasekolah di Cheras menghidap Influenza A (H1N1).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Subramaniam berkata, meskipun kanak-kanak terbabit mengalami simptom seperti demam, selsema dan batuk, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan.
“Kita kena tengok dahulu pemeriksaan darah apa keputusannya, lepas tu bolehkan sah ia H1N1 atau tiada,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Malaysia Health Data Warehouse (MyHDW) di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan dua kanak-kanak prasekolah di Cheras dijangkiti H1N1 sebagaimana yang tular dalam media sosial semalam. - UTUSAN ONLINE