Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sukarelawan tidak dihalang untuk menghulurkan bantuan namun, haruslah melalui saluran yang betul.

Beliau berkata, bukannya ke­rajaan tidak menyediakan pe­nempatan tetapi bantuan yang diberikan tanpa henti itu menyebabkan golongan ini lebih selesa untuk terus menjadi gelanda­ngan.

“Kegiatan gelandangan dan bukan sahaja me­nyumbang kepada masalah kebersihan, tetapi juga masalah lain seperti sosial, keselamatan, serta menjejaskan imej Kuala Lumpur pada mata pelancong.

“Kalau kita ambil tindakan rakyat marah, kata kerajaan ti­dak membantu sedangkan pelbagai usaha telah dilakukan bagi memberi keselesaan kepada gelanda­ngan,” katanya ketika mengha-diri Program Volunteer For Kuala Lumpur (V4KL) di Brickfields di sini.

Yang turut hadir Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Raffi.

Seramai 200 sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai kaum menjalankan aktiviti mengecat dinding tokong, kuil, gereja dan madrasah di kawasan tersebut melalui V4KL bagi menceriakan persekitaran.

Mohd. Razlan berkata, program ter­sebut sekali gus menyuntik perasaan sayangkan negara, saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.