Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sebaliknya GST akan diperbaiki untuk kebaikan semua pihak termasuk rakyat dan kerajaan demi masa depan negara.

“Sistem ini (GST) tidak boleh ditukar dengan sistem lain kerana ia sangat efisien dan ia akan diperbaiki untuk masa depan.

“Pakatan Harapan kena menang dulu, kita tengok dari mana mereka nak cari duit jika GST dihapuskan,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai di sini hari ini. - UTUSANONLINE