Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perancangan bersama Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) itu berjaya melaksanakan beberapa projek berimpak tinggi yang mampu diraih arkitek dan syarikat perunding tempatan.

Katanya, antara projek infrastruktur bertaraf dunia itu adalah Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura, jaringan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) serta Projek Sungai Nadi Kehidupan.

“Penglibatan sektor swasta dalam mereka senibina bercirikan identiti negara digalakkan bagi menyuntik imej baharu ibu negara selaku pusat ekonomi dan kewangan serantau,” katanya sempena Sambutan Ulang Tahun ke-30 syarikat arkitek, Kumpulan Veritas, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden Kumpulan Veritas, David Mizan Hashim berkata, keterujaan untuk terlibat secara langsung dalam beberapa projek infrastruktur pengangkutan awam beri kepuasan kepadanya.

“Pembinaan beberapa stesen MRT bagi laluan Sungai Buloh - Kajang yang siap baru-baru ini beri keyakinan kepada syarikat untuk terus berkembang seterusnya bagi MRT2 dan HSR termasuk beberapa projek di luar negara,” katanya. - UTUSAN ONLINE