AMIN LIN

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, gangguan sementara itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf Rumah Pam Air AU3, Ampang Ulu Kelang, dekat sini.

“Kawasan-kawasan yang akan terlibat adalah Ukay Perdana UP1- UP5, Villa Summer set Up 3/7B, sebahagian Kg Sg Sering, Sierra Ukay, Taman Ukay Bistari, Nusa Tropika, Riana Ukay, PPRT Taman Ukay Indah dan Jalan 1/56 – Jalan 13/59 AU3 Keramat.

“Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja menaik taraf ini secepat mungkin dan pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja dimulakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE